Amyza Aznan

Amyza Aznan (lahir 18 Julai 1976), kadangkala dikreditkan sebagai Amyza Adnan merupakan seorang pelawak dan pelakon wanita Malaysia. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang seni lakon sejak 1995. Antara drama terawal lakonannya yang begitu popular adalah siri komedi Mat Despatch. Amyza meraih perhatian ramai apabila muncul menerajui siri komedi Tiga Dara: Tan Tin Tun bersama pelakon Jasmin Hamid & Norseha selama 4 tahun pada 2005. Pada tahun 2011 Amyza mengejutkan penggemar drama bersiri apabila berjaya menghayati watak dramatik dalam drama bersiri Trilogi Cinta di TV1 bersama Rosyam Nor. Drama bersiri ini mencapai rating hingga 1.2 juta penonton.